1.8.11

1 Ramadhan

tika waktu ini alangkah indahnya jika aku tidak wujud di dunia Pemberian ini,
kali pertama berpuasa permulaan dalam kediaman ini
sudah membuatkan aku merasakan 'alangkah indahnya jika aku duduk diperantauan'
tidak seindah dan sebahagia ketika muda dahulu bila berbuka dengan kerabat
kini penuh dengan perasaan jelik dan menyampah hingga membuat aku merasakan
yang aku mahu tinggal di luar kediaman kerabat jauh dari kerabat dan mungkin tidak berhubungan lagi..
dashyat sangatkah perasaan ketika hingga merasakan bahawa hidup sebagai yatim piatu lebih indah,tidak perlu risau untuk menjadi si tanggang moden yang bisa menghuni neraka jahanam pada kehidupan akan datang
aku tewas senja ini bukan kepada sang Iblis tetapi pada nafsu amarah aku sendiri
aku gagal dalam memaksimumkan pahala pada 1 Ramadhan ini..
tiada niat di hati mahu menjadi si Tanggang moden
tiada nawaitu mahu menyakitkan hati manusia berjasa dalam penghidupan aku
kekadang aku berbicara mengapa Allah pilih aku untuk bertempur di medan penuh dugaan ini
mengapa bukan aku ikut jejak langkah Ella
mengapa Allah menyambung kembali nadi aku dengan nyawa tika doktor sendiri mengesahkan bahawa aku sudah tidak mampu diselamatkan lagi
aku gagal dalam membendung perasaan ketika ini
aku takut jika Allah mengambil nyawa aku ketika kemaafan belum diberikan oleh Ma