24.6.11

only 1 person

berat kepala setelah disumbat dengan lagu lama FT ISLAND tapi ianya begitu mendayu lagi mendayu bila baca tentang karangan si gedik XY pada papan kedua penulisannya di dunia maya ini,keadaannya seperti sudah dimiliki perasaan istimewa itu oleh gadis yang sentiasa diwarwarkan oleh para pengkritiknya sebagai suri dimasa lanjut.dia gedik yang sentiasa membuatkan aku merasa boring bila tiada karangan terbaru daripadanya,membuatkan aku rasa 'losing'bila BB hilang minggu lepas.dia gedix yang paling pertama mencuri perhatian jemariku untuk menekan kuat huruf 't' pada papan eletronik ini malahan di laman hipokrit itu juga dia gedix telah memintas tumpuanku kepada XY yang sentiasa aku doa kesejahteraan dirinya serta para kerabatnya.benar kajian serta tafsiran ilmu kimianya tentang peratusan kekalahan hati si gadis pada manusia berbeda jantina apabila sering diprovikasi dengan pergaduhan yang gedik ala-ala manja.

adakah kepala aku memberat aku memberat kerana merasa kecewa terhadap hakikat yang baru aku perasan???
dimanakah tumpuanku pada budak merah itu,aku sentiasa memohon supayan dia dilekatkan kepada aku sebagai pendamping namun ingatan terhadap dia makin terlupus.atau mingkin ini petunjuk dari Ilahi bahawa dia bukan manusia yang terbaik untuk aku??

berat kepala makin runcing..
perlu lupuskan semua perkara yang tidak betul ini.
dia gedik bukan aku berperasaan tetapi telah ditipu dengan rasa kebenaran telahan kimianya.
aku akan tetap membeku sebegini selagi belum longkong ambil aku.

12.6.11

2 bulan berlebihan aku mendiami secara tetap di Pemberian,bukan diam sahaja malah sedang menjalani kursus perlesenan bagi kenderaan-lambat-itu ungkapan bagi sekolah yang aku pilih ini memang tiada pilihan lain selain sekolah lambat ini.Kakak sudah seminggu bermaustatin di Tanah Pentadbiran Negara,sudah mempunyai pendapatan 1300 bagi 30 hari hidupnya.aku?
itu yang susah buat aku sekarang,aku bosan sampai tahap tiada lagi perasaan bosan yang aku rasa.masalah bakteria membuat serangan di bahagian bukan aurat semakin mendukung.Bikin aku menyendiri dalam rumah Pemberian ini,merasa rendah diri dengan sedikit kekurangan ini,bukan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberi pinjam namun aku juga seperti golongan XX lain yang mahu kelihatan berseri tanpa menggunakan Innershine yang mahal tak berpatutan.
Makin daif segala pengetahuan dengan masalah perhubungan teknologi yang tua dan segan untuk memajukan diri.Jisim badan makin meningkat sehingga aku tiada lagi kelebihan untuk berdiri macam patung melebihi tempoh yang lama,tekad perlu mengurangkan masalah itu tidak pun terus nyahkan ia dari berdamping dengan aku.
Perlu diteruskan walau apa pun rasa sekarang,jalani dan kumpul sebanyak mana amal yang boleh hingga tiba masa aku mengisi liang lahad itu.