12.6.11

2 bulan berlebihan aku mendiami secara tetap di Pemberian,bukan diam sahaja malah sedang menjalani kursus perlesenan bagi kenderaan-lambat-itu ungkapan bagi sekolah yang aku pilih ini memang tiada pilihan lain selain sekolah lambat ini.Kakak sudah seminggu bermaustatin di Tanah Pentadbiran Negara,sudah mempunyai pendapatan 1300 bagi 30 hari hidupnya.aku?
itu yang susah buat aku sekarang,aku bosan sampai tahap tiada lagi perasaan bosan yang aku rasa.masalah bakteria membuat serangan di bahagian bukan aurat semakin mendukung.Bikin aku menyendiri dalam rumah Pemberian ini,merasa rendah diri dengan sedikit kekurangan ini,bukan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberi pinjam namun aku juga seperti golongan XX lain yang mahu kelihatan berseri tanpa menggunakan Innershine yang mahal tak berpatutan.
Makin daif segala pengetahuan dengan masalah perhubungan teknologi yang tua dan segan untuk memajukan diri.Jisim badan makin meningkat sehingga aku tiada lagi kelebihan untuk berdiri macam patung melebihi tempoh yang lama,tekad perlu mengurangkan masalah itu tidak pun terus nyahkan ia dari berdamping dengan aku.
Perlu diteruskan walau apa pun rasa sekarang,jalani dan kumpul sebanyak mana amal yang boleh hingga tiba masa aku mengisi liang lahad itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan