2.9.11

good bye

8.00 a.m ini akhirnya aku 'unfriend' dan terus block dia dari laman sosial itu..agak memakan masa bagi perlakuan itu kerana aku masih mahu menyibuk dan terlibat dalam kisah-kisah hidup dia,masih mahu melihat wajah-wajahnya dan akhirnya aku klik juga butang penamat perhubungan yang berat sebelah ini.perhubungan yang mana hanya aku yang impikan.sempit sungguh pemikiran aku ketika itu,mana mungkin hanya kerana aku sudah menampilkan diri aku sekali dihadapannya serta memberi rose kepadanya,dia akan makan dengan helah murah oleh aku.dia bukan lelaki sebegitu,dia lelaki yang begitu susah untuk aku fahami.hanya pada Allah mampu aku pohon untuk permudahkan segala jalan antara aku dan dia.mungkin ini perkara terbaik bagi perhubungan aku dengan dia.aku tekad mahu hentikan semua cerita tentang dia,hanya pada Allah sahaja tempat aku mengadu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan