usah berdalih lagi dalam membuat keputusan yang begitu besar impaknya dalam hidupmu.kamu terlalu diimpikan oleh aku,tidak pasti apakah perasaan sebenar rasa aku terhadap kamu.cuma yang pasti aku mahu dia turut hadir dalam Firdausi aku kelak sebagai ketua aku.
entah cinta ataupun suka,aku tidak pandai dalam mengendali perkara tersebut.mungkin aku kelihatan begitu teserlah dalam melorongkan penyelesaian bagi setiap masalah percintaan teman,namun aku sendiri masih tergagap dalam kisah aku sendiri.
dia lelaki yang terlalu sukar untuk aku fahami,sukakah dia akan perempuan yang memulakan tindakan awalan ataupun bernafsunya dia terhadap perempuan yang berlindung di sebalik hijab dengan mengemukakan lamaran melalui doa-doa harian pada YA MUTAKBIR.
bagaimana jika keputusan melanjutkan pelajaran memihak pada jiran institusinya.adakah aku akan dipanggil pengintip apabila tersempak dengannya.ya mungkin aku akan melakukan ziarah bagi meninjau perkembangan dirinya di sebelah sempadan konkrit binaan.sebagai usaha aku untuk lebih memahami isi hati dia.
perihal dirinya telah dibocorkan pada ma,dan ma merasakan terlalu awal untuk aku memikirkan perihal masa depan keluarga ketika angka satu masih rapat dengan angka dua aku.tiada masa yang spesifik untuk kita memohon doa kerna kita sentiasa perlu ikhtiar dalam mendapatkan apa yang kita mahu gapai.tidak pernah aku memohon sesutu yang berlanjutan pada Yang Maha Esa melainkan ditetapkan dia sebagai pelengkap aku dunia akhirat dan satu-satunya yang halal untuk dia miliki.
sudah keterlaluan aku dalam impian ini sehingga aku makin leka dibuai hasutan makhluk penderhaka itu dengan angan-angan yang menyebabkan aku memutuskan mahu menutup semua lubnag dan perkara yang mengaitkan aku dengan dia.ya aku agak menyesal kerna sekarang aku merasakan kewarasan telah bertapak dalam akal dan hati aku.sudah puas aku taip namanya pada laman tersebut,namun hasilnya hampa.
kekadang tertanya aku pada diri,bagaimana jika aku mendapat khabar yang dia telah menjadi hak seseorang yang pasti bukan aku.bagaimana penerimaan aku,ikhlas dan sedih mungkin?tapi dia seseorang yang terlalu aku impikan.tidak pernah aku seserius ini dalam perkara melibatkan hati dan perasaan.aku memutuskan untuk setia dengan impian ini kerana sikap berputus asa itu perlu dielakkan agar Allah redha akan memperkenankan doa aku kelak.
moga Allah lorongkan segala kebaikan dalam aku mendapatkan dia,semoga aku juga tidak menyesal dengan keputusan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan