1.10.11

musim haji

makin bertambah kelu dan keliru kebelakangan ini,benarkah hasrat hati yang ingin memiliki dia sebagai pelengkap dan pengenap diri yang memang compang camping ini.kejamkah kalau dia juga turut memiliki hasrat hati dan impian memiliki pelengkap diri mengikut acuan nafsunya namu kerana aku dia melupakan hasrat itu.kejamkah aku?

usah berdalih lagi dalam membuat keputusan yang begitu besar impaknya dalam hidupmu.kamu terlalu diimpikan oleh aku,tidak pasti apakah perasaan sebenar rasa aku terhadap kamu.cuma yang pasti aku mahu dia turut hadir dalam Firdausi aku kelak sebagai ketua aku.

entah cinta ataupun suka,aku tidak pandai dalam mengendali perkara tersebut.mungkin aku kelihatan begitu teserlah dalam melorongkan penyelesaian bagi setiap masalah percintaan teman,namun aku sendiri masih tergagap dalam kisah aku sendiri.

dia lelaki yang terlalu sukar untuk aku fahami,sukakah dia akan perempuan yang memulakan tindakan awalan ataupun bernafsunya dia terhadap perempuan yang berlindung di sebalik hijab dengan mengemukakan lamaran melalui doa-doa harian pada YA MUTAKBIR.

bagaimana jika keputusan melanjutkan pelajaran memihak pada jiran institusinya.adakah aku akan dipanggil pengintip apabila tersempak dengannya.ya mungkin aku akan melakukan ziarah bagi meninjau perkembangan dirinya di sebelah sempadan konkrit binaan.sebagai usaha aku untuk lebih memahami isi hati dia.

perihal dirinya telah dibocorkan pada ma,dan ma merasakan terlalu awal untuk aku memikirkan perihal masa depan keluarga ketika angka satu masih rapat dengan angka dua aku.tiada masa yang spesifik untuk kita memohon doa kerna kita sentiasa perlu ikhtiar dalam mendapatkan apa yang kita mahu gapai.tidak pernah aku memohon sesutu yang berlanjutan pada Yang Maha Esa melainkan ditetapkan dia sebagai pelengkap aku dunia akhirat dan satu-satunya yang halal untuk dia miliki.

sudah keterlaluan aku dalam impian ini sehingga aku makin leka dibuai hasutan makhluk penderhaka itu dengan angan-angan yang menyebabkan aku memutuskan mahu menutup semua lubnag dan perkara yang mengaitkan aku dengan dia.ya aku agak menyesal kerna sekarang aku merasakan kewarasan telah bertapak dalam akal dan hati aku.sudah puas aku taip namanya pada laman tersebut,namun hasilnya hampa.

kekadang tertanya aku pada diri,bagaimana jika aku mendapat khabar yang dia telah menjadi hak seseorang yang pasti bukan aku.bagaimana penerimaan aku,ikhlas dan sedih mungkin?tapi dia seseorang yang terlalu aku impikan.tidak pernah aku seserius ini dalam perkara melibatkan hati dan perasaan.aku memutuskan untuk setia dengan impian ini kerana sikap berputus asa itu perlu dielakkan agar Allah redha akan memperkenankan doa aku kelak.

moga Allah lorongkan segala kebaikan dalam aku mendapatkan dia,semoga aku juga tidak menyesal dengan keputusan ini.

2.9.11

good bye

8.00 a.m ini akhirnya aku 'unfriend' dan terus block dia dari laman sosial itu..agak memakan masa bagi perlakuan itu kerana aku masih mahu menyibuk dan terlibat dalam kisah-kisah hidup dia,masih mahu melihat wajah-wajahnya dan akhirnya aku klik juga butang penamat perhubungan yang berat sebelah ini.perhubungan yang mana hanya aku yang impikan.sempit sungguh pemikiran aku ketika itu,mana mungkin hanya kerana aku sudah menampilkan diri aku sekali dihadapannya serta memberi rose kepadanya,dia akan makan dengan helah murah oleh aku.dia bukan lelaki sebegitu,dia lelaki yang begitu susah untuk aku fahami.hanya pada Allah mampu aku pohon untuk permudahkan segala jalan antara aku dan dia.mungkin ini perkara terbaik bagi perhubungan aku dengan dia.aku tekad mahu hentikan semua cerita tentang dia,hanya pada Allah sahaja tempat aku mengadu.

1.8.11

1 Ramadhan

tika waktu ini alangkah indahnya jika aku tidak wujud di dunia Pemberian ini,
kali pertama berpuasa permulaan dalam kediaman ini
sudah membuatkan aku merasakan 'alangkah indahnya jika aku duduk diperantauan'
tidak seindah dan sebahagia ketika muda dahulu bila berbuka dengan kerabat
kini penuh dengan perasaan jelik dan menyampah hingga membuat aku merasakan
yang aku mahu tinggal di luar kediaman kerabat jauh dari kerabat dan mungkin tidak berhubungan lagi..
dashyat sangatkah perasaan ketika hingga merasakan bahawa hidup sebagai yatim piatu lebih indah,tidak perlu risau untuk menjadi si tanggang moden yang bisa menghuni neraka jahanam pada kehidupan akan datang
aku tewas senja ini bukan kepada sang Iblis tetapi pada nafsu amarah aku sendiri
aku gagal dalam memaksimumkan pahala pada 1 Ramadhan ini..
tiada niat di hati mahu menjadi si Tanggang moden
tiada nawaitu mahu menyakitkan hati manusia berjasa dalam penghidupan aku
kekadang aku berbicara mengapa Allah pilih aku untuk bertempur di medan penuh dugaan ini
mengapa bukan aku ikut jejak langkah Ella
mengapa Allah menyambung kembali nadi aku dengan nyawa tika doktor sendiri mengesahkan bahawa aku sudah tidak mampu diselamatkan lagi
aku gagal dalam membendung perasaan ketika ini
aku takut jika Allah mengambil nyawa aku ketika kemaafan belum diberikan oleh Ma

12.7.11

MABOK

gedix sungguh rasa pagi ini,setelah sekian lama tidak berpeluh dalam pelajaran jalanraya akhirnya aku hadir hari ini tetapi bukan ke kelas memandu tapi ke cyber cafe.gedix sungguh hayati.

24.6.11

only 1 person

berat kepala setelah disumbat dengan lagu lama FT ISLAND tapi ianya begitu mendayu lagi mendayu bila baca tentang karangan si gedik XY pada papan kedua penulisannya di dunia maya ini,keadaannya seperti sudah dimiliki perasaan istimewa itu oleh gadis yang sentiasa diwarwarkan oleh para pengkritiknya sebagai suri dimasa lanjut.dia gedik yang sentiasa membuatkan aku merasa boring bila tiada karangan terbaru daripadanya,membuatkan aku rasa 'losing'bila BB hilang minggu lepas.dia gedix yang paling pertama mencuri perhatian jemariku untuk menekan kuat huruf 't' pada papan eletronik ini malahan di laman hipokrit itu juga dia gedix telah memintas tumpuanku kepada XY yang sentiasa aku doa kesejahteraan dirinya serta para kerabatnya.benar kajian serta tafsiran ilmu kimianya tentang peratusan kekalahan hati si gadis pada manusia berbeda jantina apabila sering diprovikasi dengan pergaduhan yang gedik ala-ala manja.

adakah kepala aku memberat aku memberat kerana merasa kecewa terhadap hakikat yang baru aku perasan???
dimanakah tumpuanku pada budak merah itu,aku sentiasa memohon supayan dia dilekatkan kepada aku sebagai pendamping namun ingatan terhadap dia makin terlupus.atau mingkin ini petunjuk dari Ilahi bahawa dia bukan manusia yang terbaik untuk aku??

berat kepala makin runcing..
perlu lupuskan semua perkara yang tidak betul ini.
dia gedik bukan aku berperasaan tetapi telah ditipu dengan rasa kebenaran telahan kimianya.
aku akan tetap membeku sebegini selagi belum longkong ambil aku.

12.6.11

2 bulan berlebihan aku mendiami secara tetap di Pemberian,bukan diam sahaja malah sedang menjalani kursus perlesenan bagi kenderaan-lambat-itu ungkapan bagi sekolah yang aku pilih ini memang tiada pilihan lain selain sekolah lambat ini.Kakak sudah seminggu bermaustatin di Tanah Pentadbiran Negara,sudah mempunyai pendapatan 1300 bagi 30 hari hidupnya.aku?
itu yang susah buat aku sekarang,aku bosan sampai tahap tiada lagi perasaan bosan yang aku rasa.masalah bakteria membuat serangan di bahagian bukan aurat semakin mendukung.Bikin aku menyendiri dalam rumah Pemberian ini,merasa rendah diri dengan sedikit kekurangan ini,bukan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberi pinjam namun aku juga seperti golongan XX lain yang mahu kelihatan berseri tanpa menggunakan Innershine yang mahal tak berpatutan.
Makin daif segala pengetahuan dengan masalah perhubungan teknologi yang tua dan segan untuk memajukan diri.Jisim badan makin meningkat sehingga aku tiada lagi kelebihan untuk berdiri macam patung melebihi tempoh yang lama,tekad perlu mengurangkan masalah itu tidak pun terus nyahkan ia dari berdamping dengan aku.
Perlu diteruskan walau apa pun rasa sekarang,jalani dan kumpul sebanyak mana amal yang boleh hingga tiba masa aku mengisi liang lahad itu.

26.5.11

manusia yang sentiasa buruk dipandang manusia

aku cuba untuk tidak mengundang kemarahan mereka,aku cuba untuk menjadi anak yang solehah,aku cuba untuk contol kemarahan aku,emosi aku,aku cuba sabarkan diri aku.aku membekukan semua naggota deria aku.aku perlu sendirian hanya Allah yang menemani aku dikala kemarahn membuak dalam diri.aku sedih sangat.aku tahu aku langsung tak berjasa kepada merka.banyak sangat pengorbanan mereka untukku.tapi aku juga ada hati dan perasaan yang bukan besar macam bima sakti.aku punya hati hanya sebesar gengaman tangan je.

adakah dia mahu melihat aku lenyap dalam istana dia ini?adakah dia tidak mahu lagi tahu kewujudan kau di sini?baginya ku hanya manusia yang tahu menyusahkan mereka.hanya tahu makan,minum,tidur dan menonton.

aku sanggup mengalah bila dia mahu menonton.aku sanggup membeku dalam bilik bila dia melepak di sudut tontonan.aku rela ikat perut bila dia tengan bersantap.aku mengelak semua perkara yang mampu menaikkan kemarahan dia.

aku tahu aku takkan mampu masuk syurga selagi tiada ketaatan kepada mereka.tidak perlu bermimpi mahu mendapat Marzuqi sebagai pelengkap diri jika tidak reti megalah dan bersabar.disebabkan mahu generasi aku menjadi soleh dan solehah.aku cuba melakukan hijrah kepada diriku.satu perkara yang agak payah bila terpaksa dilwan nafsu yang begitu buas dalam diri ini.

hanya pada pemilik semester alam aku memohan kekuatan agar tidak tergelincir aku dalam amukan kemarahan kali ini sehingga aku dilaknat olah para malaikat dan juga Ilahi.